Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah~

Alhamdulillah,masih dikurniakan kesempatan utk hidup
Hari ni kita menyambut tahun baru Hijrah iaitu tahun 1433 H
Byk perkara yg berlaku spnjg tahun lepas
ada perkara yg menggembirakan dan ada yg kurang menggembirakan
tp yg pasti setiap yg berlaku pasti ada kebaikan
Samada kita nmpak atau tidak,
smua yg terjadi mmg telah ditakdirkan

Tahun lepas, 1 Muharam aku ada 3 azam
Alhamdullillah,2 drpd 3 tercapai
Azam nak jadi penderma darah dan nak jadi penulis blog dah tercapai
Cuma azam nak ikrar sbg penderma organ tu je masih x tercapai
IAllah,x dapat dilakukan buat masa ini
Sbb hnya boleh ikrar di Malaysia

So apa azam tahun ni?
Azam tahun ni nak jaga solat
Skrg ni agak lalai sikit dalam solat
IAllah lepas ni solat di awal waktu.

Azam kedua,nak hafaz balik surah2 yg pernah dihafaz dulu waktu kat sekolah
Waktu kat skola dulu,ada bbrapa surah yg dihafal
Tp skrg ni ingt2 lupa je..
IAllah lepas ni kena jaga hafazan

Yg ke 3
Nak jadi pendiam
Sbb aku rasa aku ni byak ckap sgt la
Bila dah byak ckap
Mstilah ada yg tersasul kan?
Astaqfirullah~

Rasanya tu je stkt ni
Kalau byak2 pon x baik jugak kalau x tunaikan
Jadi berusaha dulu utk lakukan perkara ni
Kalau dah tercapai smua ni
Baru fikirkan target lain

Sempena tahun baru ni marilah kita sama2 berdoa kat Allah

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 


Hijrah : Satu Tranformasi utk suatu kebaikan

Thursday, November 24, 2011

Kenapa pisahkan Penguin GAY?

Baru-baru ni hebah kisah 2 ekor penguin yg dikatakan gay...
Selepas mencuri tumpuan umum,
kisah itu lenyap sementara.

Semalam kisah penguin gay ini kembali mencuri perhatian
Alkisahnya ialah apabila pihak pengurusan Zoo Toronto telah mengambil keputusan utk memisahkan kedua-dua penguin gay tersebut.

Pihak Zoo memberi alasan bahwa perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam spesies berkenaan dan demi menjaga kesambungan spesies berkenaan..

Hairan,boleh pulak kan pihak Zoo fikir mcm ni apabila melibatkan haiwan
ttp bila bab manusia gay kenapa pulak mereka sokong?
Sepatutnya manusia yg homoseksual juga perlu dipisahkan,bukannny diberi sokongan utk meneruskan hubungan tersebut

Setiap perkara yg Allah larang pasti ada hikmah disebalik itu.
begitu juga dgn homoseksualiti,ianya membawa lebih byak kebaikan drpd kehidupan

QS. Adz Dzaariyaat (51): 49
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.


Gambar kedua-dua penguin berkenaan

Cubaan pihak Zoo memasangkan mereka dgn penguin betina gagal..Mana layan pompuan beb! haha

Tuesday, November 22, 2011

Congratz adik bucuk!!

Minggu lepas aku sedikit berdebar
Sebab result UPSR nak keluar
mmg x logik pon ptutnya sebab bukan aku yg ambik exam
tp aku still berdebar

Yela,adik aku punya la confident bila lepas exam
waktu dia amek UPSR tu,aku kebetulan cuti
so aku yg hntar dan amik dia kat skola ttp hari..(kdg2 mak aku amik bila aku ke  pantai)
setiap kali aku tnya ja,smti dia ckap kacang..
aduhai,mmg overconfident kot dia..

Tp finally Alhamdulillah
Allah perkenankan doa kami semua
Adik bongsu aku yg bucuk ni dapat 5A..
Terima Kasih Ya Allah..

Kepada adik-adikku
Semoga terus berusaha
IAllah berkat doa mak dan ayah kita semua berjaya..=)

Si tembam yg kanan ni la adik aku..hehehehe..sori adik!

Friday, November 4, 2011

Mahasiswa boleh berpolitik~



 Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa dalam penghakimannya menyatakan bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi dengan itu,mahasiswa kini bebas untuk menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik.


Bagaimanapun kerajaan melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin akan membincangkan perkara ini didalam mesyuarat kabinet samada meraka akan merayu atau tidak kepada Mahkamah Rayuan. Pada masa yg sama,



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew  meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dengan alasan ia selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.


Khairy Jamaluddin



Reaksi pihak pembangkang dalam hal ini dinyatakan melalui Ahli Parlimen Shah Alam. Khalid Samad. Beliau berkata  bahawa  kerajaan masih memperlihatkan cara pemikiran lama apabila terus-menerus mahu mengekang pemikiran mahasiswa terutama dalam politik.


"Sekiranya mereka masih mahu membawa perkara ini pada peringkat yang lebih tinggi, ianya menunjukkan cara pemikiran lama masih berada di pihak BN (Barisan Nasional) dan segala percakapan berhubung transformasi adalah retorik semata-mata," 
Datuk Khaled Nordin kemudiannya berkata, memang tidak salah tetapi masyarakat umum seharusnya memahami secara mendalam tujuan Pasal 10 (2) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan. 
Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
"Pasal itu menyatakan bahawa hak-hak kebebasan itu boleh disekat jika ia bertujuan bagi maksud pendidikan. Jadi, apakah yang ada dalam pemikiran mereka yang melahirkan Pasal 10 (2), itu yang perlu diterjemahkan," 

Jadi aku terus la check Perlembagaan Perkara 10(2) yg menyatakan :


(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat
demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara
lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatansekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan
Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah,
fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1),
a p a - a p a   s e k a t a n   y a n g   d i d a p a t i n y a   p e r l u   a t a u   s u a i
ma n f a a t   d emi   k e p e n t i n g a n   k e s e l ama t a n   P e r s e k t u a n
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1),
a p a - a p a   s e k a t a n   y a n g   d i d a p a t i n y a   p e r l u   a t a u   s u a i
manf a a t  demi  kepent ingan ke s e l ama t an Pe r s ekutuan
atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau
prinsip moral.

dan terus terang aku dapati tiada peruntukan yg memberi kuasa utk AUKU dilaksanakan.

Hal ni,kalau tgok dr segi positifnya ialah mahasiswa boleh terlibat dgn politik dan membantu dalam merencanaka pembangunan dan pentadbiran negara. walaubagaimanapun, kebebasan berpolitik boleh menjejaskan pengajian mereka.

Hurm,buat sahabat-sahaabt diluar sana,anda boleh berfikir. Anda adalah mahasiswa yg mempunyai kemahiran berfikir dan boleh buat keputusan sendiri. Eksploit apa yg berlaku utk kebaikan anda. Kalau berpolitik boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran diri, silakan,tetapi kalau ia boleh menjejaskn pelajaran mungkin pilihan yg terbaik adalah menjauhkan diri anda.