Sunday, July 29, 2012

Kalau esok Izrail menjelma~

Kalau esok Izrail menjelma,
Datang membawa arahan Sang Pencipta,
Takkan bertangguh sedetik masa,
Kita kembali bersua si Dia
Adakah kita bersedia,
Mahu dipersembah amal mana?
Berapa kerat solat yang disempurna
Berapa ribu dzikir padaNya
Segunungkah amal yang telah dilaksana
Sudahkah hati cinta padaNya

Kalau esok Izrail menjelma
Adakah ketika diri bertaubat
Atau tangan digelumangi bermaksiat
Bersuka ria berdansa hebat
Bermewah hidup tulang empat kerat
Masa lapang dibiar berlalu
Menangguh taubat menolak seru
Masih cinta dunia penipu
Atau hati masih tertipu

Kalau esok Izrail menjelma
Aku berharap aku bersedia
Aku hanya insan biasa
Tidak dapat ku lari dari dosa
Tapi aku sentiasa berdoa
Kasih dan rahmat Tuhanku membawa ke syurga

8 Ramadhan 1433
29 Julai 2012