Monday, June 24, 2013

Acuan bengkok dan orkid cantik

Peribahasa Melayu


Bahasa Melayu antara bahasa terindah di dunia. Tutur kata orang Melayu sering berselang seli dengan seloka. Akhirnya lahirlah pepatah dan peribahasa. Diguna dan ditutur hingga semasa. Ada peribahasa yang memuji, yang menyindir juga dicipta sekali, bagi melancarkan komunikasi, juga urusan sehari hari.

Waktu belajar peribahasa dan pepatah dulu,aku sering terbayang tinggi bahasa mereka yang cipta dan jadi perintis kepada penciptaan pepatah ni. sebabnya bukan senang nak cipta sesuatu yang menjadi ikutan orang, apatah lagi digunakan zaman berzaman.

Tapi sekarang bila mana aku ter'serempak' (come across) sesuatu peribahasa,aku sering terfikir kalau ada cerita di sebalik peribahasa ni dan makna di sebaliknya. Memang seronok kalau nak guna pepatah dalam perbualan seharian, tapi secara tak sedar mungkin pepatah ni akan meresap secara separa sedar kedalam minda kita.

Sedar atau tak,ada bbrapa pepatah orang Melayu yang aku labelkan sebagai pepatah negatif. Kalau aku cikgu BM,aku akan hentikan penggunaan pepatah ni dalam pengajaran kepada anak-anak murid. Mungkin juga boleh bersepakat untuk menghapuskan terus penggunaannya di sekolah. Alasan aku ialah pepatah ini walaupun ada diantaraya boleh diterima logik akal,tapi ianya amat negatif dan boleh membentuk pemikiran negatif dalam pemikiran kanak-kanak yang masih suci.

Acuan bengkok dan kuah

Antara pepatah yang aku rasakan negatif ialah bagaimana acuan begitulah kuihnya.Ada dua maksud peribahasa ni:

1. seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
2. keadaan sesuatu itu menurut asalnya

Peribahasa kedua yang negatif adalah bagaimana kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Yang membawa maksud:

1. Perangai baik dan buruk ibubapa akan diperturunkan kepada anak-anak

Mungkin tak berapa nampak apa yang negatifnya kan?
Sebenarnya,yang negatif ialah apabila seorang kanak-kanak tersebut mempunya ibu bapa yang mempunyai sikap yang buruk atau keadaan hidup yang teruk. Bayangkan apabila seorang kanak-kanak melakukan kesalahan, orang akan cakap "hah,perangai macam bapak kau,nnt tua mesti jadi _________" . Bayangkan kalau dia sering dengar benda ni dalam proses pembesaran,dia akan membesar dengan mindset yang dia akan follow footsteps bapak dia. Minda separa sedar dia akan sentiasa lead dia untuk buat dan set kan diri dia untuk buat macam apa yang ibu bapa dia buat

acuan kuih cara..demn,ttba teringin nak makan plak

Orkid dan cupcake

Pernah tak tgok orkid? cantik kan? tahu tak orkid asalnya hanya mempunyai bbrapa warna sama macam bunga-bunga yang lain. Tapi orkid yang ada sekarang adalah cross-breed bbrapa jenis orkid untuk menghasilkan warna yang cantik. Bayangkan kalau orkid ni diapplikasikan dengan 'bagaiman acuan begitulah kuihnya' mungkin orkid-orkid yang kita dapat nikmati tidak secantik yang sekarang.

Pernah makan cupcake? Kalau nak ikut cupcake waktu zaman dulu-dulu hanya berwarna mengikut perisa dia, kalau perisa coklat warnya coklat dan kalau perisa vanilla warna putih. Memang cupcake ikut acuan, tapi cupcake sudah berevolusi. Cupcake sudah berwarna warni. Cupcake dah tak macam dulu lagi. Cupcake boleh di hiasa supaya cantik.


ni orkid variasi seri endon,dinamakan sempena nama isteri PM Malaysia ke 5,Pak Lah.


Ubah

Kalau nak tengok sejarah, mungkin ramai orang dilahirkan dalam keaadaan dam situasi yang teruk. Tapi benda ni tak menghalang kita dari mengubah kearah yang baik. Kalau tengok zaman Rasulullah, ramai sahabat2 yang ahli keluarga mereka ingkar dan kufur dengan Allah,tapi tak menghalang mereka untuk masuk dan amalkan Islam.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” : Al Rad 11

Semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Kita yang menentukan nasib dan masa depan kita.




Saturday, June 15, 2013

Puisi : Di Persimpangan Ini


Di persimpangan ini,langkahku terhenti
Perlukah ku kiri,ke kanan juga ku tak pasti
Unggas cuba beri pandangan,tak ku dapat butir perkataan
Andai ku faham,tak mungkin juga ku hadam

Andai ku ke kiri,kau kan ku nanti
Mungkin kau ke sini,mungkin juga kau tak peduli
Aku yang meniti laluan sempit, aku yang menelan perit
Andai di sini kau tuju,seribu tahun ku rela tunggu

Andai ku kekanan,kau kan ku lupakan
Akan ku tepis segala angan,akan ku buang segala kenangan
Seperti yang mereka kata,kalau jodoh takkan kemana
Kita susuri sungai yang sama,di dua tebing berbeza

Di persimpangan ini,langkahku terhenti
Tak ku kekanan,tak ku kekiri
Mundur bukan pilihan
Daun yang berterbangan mula menutup jalan
Tanpa resah,tanpa bersalah
Di sini ku letak noktah


Friday, June 14, 2013

Puisi : Dia

Kulihat di pantulan cahaya
Sekujur jasad teguh sasa
Kulihat padanya,tiada berbeza
Masih jasad yang sama
Nafasnya masih tekun menghela

Menungku jauh ke sana
Ku kira dia telah merubah jiwa
Dahulu takutnya pada Tuhan bukan kepalang
Air matanya sering berlinang
Mengenangkan diri yang kurang
Kepada Tuhan pohon disayang
Akhlaknya tampan bahasanya perawan
Butir katanya disanjung kawan
Cita-citanya tinggi ke awan
Secantik dan seteguhnya bulan

Ku seru namaMu dengan tangan tertadah
Dengan harapan  dia melangkah
Ke lembah rahmat dan hidayah.


Puisi : Gambaran

Puisi ni dikarang pada 28 Januari 2013,ketika musim hujan dan ribut yang menimpa hampir seminggu.

Minggu ribut dan taufan melanda
Semua berjaga -jaga
Tidur tak lena,urusan harian tergendala
Kencangnya angin tak terkira
Dedahan pokok ke sini sana
Arus deras di mana- mana

Manusia berkira -kira
Bilakan akan bencana reda
Hati resah gundah gelana
Keselamatan jadi agenda
Amaran dilancar di media
Jaga diri dan keluarga

Bencana dari Yang Maha Esa
Ingin menguji hambaNya
Sekadar sedikit gambaran
Akan Hari Kegoncangan
Terima kasih Ya Tuhan, atas peringatan.