Monday, April 9, 2012

Misteri Bola Ping Pong

Misteri bola ping pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. “Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?”

Amer hanya membalas “Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak.”

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

“Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor”

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men’test’ keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

“Bapak… ameklah bola ping pong yang saya simpan ni….” kata Amer kesakitan.

“Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya” kata bapaknya

“Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini…” kata Amer

“Apa dia” tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir…

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misterinya? Anda nak tau????

Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Sunday, April 8, 2012

2nd Easter

This year Easter is gonna be my 2nd Easter in Australia. Actually when i was in Malaysia, i dont give a damn about Easter and i dont know shit about it because the celebration can rarely be seen in any part of Malaysia (im not sure about East Malaysia: Sabah & Sarawak)

But living in Australia this celebration is enjoyably celebrated by Australia. Easter is a Christian feast and holiday celebrating the resurrection of Jesus Christ( Peace be upon Him) on the third day after his crucifixion at Calvary as described in the New Testament. So the Friday before that is the day Jesus( Peace be upon Him) died.

Since Australia is a secular country, i cant really see the celebration religiously. What i mean here are television programs or church events. However there is one thing Australian do celebrate. The festival of chocolate eating. In this week there will be variety of chocolate to be purchased.

However, I usually will not buy the chocolate before or during the Easter. I will only buy it a week after the celebration. This is the time where all the store will do major clear out of their stocks( damn it, i simply love it). This is the only thing i love about Easter.

This is a must during Easter! Easter egg!

Easter Bunny Choc. Another a great product during Easter. I still dont understand why they use bunny. 
What is the relation with Jesus Christ ( Peace be upon Him)
But i believe it is just to attract the kids. =)

Oh Yeah.. Next week gonna be a week full of chocolate!!!!!!

When...




When a land is controlled by military force, it is not disputed - it is occupied.

When the people fight the occupation, it is not terrorism - it is resistance.

When an occupation force bombs cities, it is not self defense - it is criminal action.

When a regime separates, segregates and discriminates, it is not democracy - it is apartheid.

Wednesday, April 4, 2012

Sensitifnya Seorang Isteri

Suatu petang di bulan Ramadan.

Seorang suami duduk mengadap meja menunggu waktu berbuka. Manakala isteri masih sibuk menyiap dan menghidangkan juadah untuk berbuka.

Sementara menunggu azan berkumandang, suami menadah tangan dan berdoa. Antara yang dipohon di dalam doanya ialah supaya sahabatnya Khalid diberi taufiq oleh Allah dan dipertemukan jodoh dengan wanita solihah.

Tiba-tiba, isterinya datang dan memukulnya dengan kuat.

Suami terkejut dan kehairanan lantas bertanya: “Kenapa awak pukul saya? Saya berdoa untuk sahabat saya, Khalid!”

Isterinya menjawab: “Saya tahu!”

“Habis tu, kenapa awak pukul saya? Apa salahnya saya berdoa untuknya?”

“Abang boleh doakan apa saja untuk sahabat abang tu, tapi jangan doakan supaya dia berkahwin!”

Suami bertambah hairan mendengar jawapan isterinya yang pelik itu.

“Kenapa saya tak boleh doa supaya dia berkahwin?”

“Sekarang ni waktu mustajab. Kalau abang doa untuknya, malaikat akan kata, “dan untukmu pun begitu juga!”

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “ Doa seorang mukmin untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil kepadanya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu akan berkata “Amin dan engkau pun akan mendapat apa yang ia dapatkan””.

Monday, April 2, 2012