Thursday, December 29, 2011

Rezeki Magpies~

Tanpa aku sedar
dah hampir 2 bulan aku 'bersama' dgn Magpies
Magpies ni ialah sejenis burung native kat Australia
Kat sini mmg banyak,senang je kalau nak cari kat sini
Tp sekali tgok mcm gagak pon ada gak

Kisah dia bermula bila ada sekor Magpies ni selalu dtg kwsan blkg rumah aku
Mula2 aku buat x kesah je
Tp bila aku teringat lebihan roti yg ada
aku pon bagi la makan

Dalam x sedar dah hampir 2 bulan aku bagi
Ada sekali tu aku terlupa bagi makan
Pastu burung ni dtg depan tingkap bilik aku
Seolah2 mintak makanan
Bila aku keluar ke blkg rumah utk bagi kat dia
Dia dah bersedia tggu makanan aku..hahaha

Baru2 ni aku terfikir
Aku dgn burung ni xda apa pon hubungan
Kalau kat Australia ni org smua takut dgn burung ni
Sbb bayk kes serangan sampai buta mata

Tapi Allah Maha Berkuasa
Dia jadikan aku sbgai org tgah utk Dia kurniakan rezeki
Kalau la aku burung ni
Mst aku seronok sgt2
Siapa sgka seorg manusia boleh bagi makanan kat dia..

Jadi kita sebagai Manusia perlu meletakkan segala harapan kpd Allah
Kerana atas kehendaknya,dia mampu berikan rezeki dalam apa cara sekalipun.

Firman Allah:

[40.13] Dia-lah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) -Nya dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pelajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada Allah).

Magpies tgah makan..

Buat2 malu bila kantoi aku amek gambar dia.


Tuesday, December 20, 2011

Musim Kahwin Muda!!!!

Bila umur dah 20an ni..rasanya topik yg paling hot ialah kahwin
mmg x dapat disangkal lagi,ni la target smua org skrg
Tahun ni ja dah 3 kawan aku kahwin
2 kawan skolah  menengah dan seorg kawan masa kat SMAP Labu

Bulan March lepas,kawan first kahwin
Syafiq Ramli nama dia
aku pon x sgka..punya la dok couple dgn org lain
tup..tup..tup kahwin ngan org lain..
haih,mcm2..

yg 2nd Khairil Mohd Azuan..
kwan baik time sekolah rendah
bini dia umur 18,dia 20..
tp aku mmg dah agak dah pon dia ni akan khwin dulu
mmg dah boleh predict dah.,

ni gambar Wan kahwin..

yg paling latest ialah sahabat time SMAP Labu..
dia kawn ngan budak SMAP jugak kot..
sama batch ngn dia
ni case couple kat kelas lah ni..
kn Izat kan?
hahahahaha

ni Izat dan isteri..pergh,senyum sampai telinga kot

Kepada smua yg dah kahwin
didoakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
Semoga perkahwinan kalian akan dikurniakan barakah dgn cahaya mata soleh dan solehah

Pada yg belum kahwin tu apa lagi?
Percepatkanlah perkahwinan anda..

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.
Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."


Dalam surah Ar-Rum Allah SWT berfirman:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

So apa lagi tunggu kahwin la cepat!!!!!!

Aku?
hahahaha..
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin

Kenapa?
Biarlah rahsia~ haha.. =)

Thursday, December 1, 2011

Kisah Si Pengembala Biri-Biri Versi 2011

Pada zaman dahulu kala, ada seorang pengembala biri-biri. satu hari, si pengembala ini kebosanan lalu terlintas di fikirannya untuk mengenakan orang kampung. Lalu dia menjerit-jerit mengatakan biri-birinya diserang serigala. lalu berkejaranlah penduduk kampungnya untuk membantu biri-birinya. Tetiba, si pengembala ketawakan penduduk kampungnya dan mengatakan mereka ditipu. penduduk kampung pulang dengan perasaan marah. Keesokan harinya, si pengembala melakukan lagi perkara tersebut. Penduduk kampung pergi intuk membantunya tetapi diketawakan kerana tertipu. kejadian tersebut berlaku kali ketiga dan seterusnya. satu hari, serigala benar-benar menyerang biri-birinya lalu menjeritlah si pengembala meminta bantuan. Namun, penduduk kampung sudah lali dengan tipu daya tersebut bertindak untuk tidak membantunya kerana bimbang ditipu lagi. Akhirnya, semua biri-birinya mati diserang serigala tersebut."