Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Puisi : Di Persimpangan Ini


Di persimpangan ini,langkahku terhenti
Perlukah ku kiri,ke kanan juga ku tak pasti
Unggas cuba beri pandangan,tak ku dapat butir perkataan
Andai ku faham,tak mungkin juga ku hadam

Andai ku ke kiri,kau kan ku nanti
Mungkin kau ke sini,mungkin juga kau tak peduli
Aku yang meniti laluan sempit, aku yang menelan perit
Andai di sini kau tuju,seribu tahun ku rela tunggu

Andai ku kekanan,kau kan ku lupakan
Akan ku tepis segala angan,akan ku buang segala kenangan
Seperti yang mereka kata,kalau jodoh takkan kemana
Kita susuri sungai yang sama,di dua tebing berbeza

Di persimpangan ini,langkahku terhenti
Tak ku kekanan,tak ku kekiri
Mundur bukan pilihan
Daun yang berterbangan mula menutup jalan
Tanpa resah,tanpa bersalah
Di sini ku letak noktah


Friday, June 14, 2013

Puisi : Dia

Kulihat di pantulan cahaya
Sekujur jasad teguh sasa
Kulihat padanya,tiada berbeza
Masih jasad yang sama
Nafasnya masih tekun menghela

Menungku jauh ke sana
Ku kira dia telah merubah jiwa
Dahulu takutnya pada Tuhan bukan kepalang
Air matanya sering berlinang
Mengenangkan diri yang kurang
Kepada Tuhan pohon disayang
Akhlaknya tampan bahasanya perawan
Butir katanya disanjung kawan
Cita-citanya tinggi ke awan
Secantik dan seteguhnya bulan

Ku seru namaMu dengan tangan tertadah
Dengan harapan  dia melangkah
Ke lembah rahmat dan hidayah.


Puisi : Gambaran

Puisi ni dikarang pada 28 Januari 2013,ketika musim hujan dan ribut yang menimpa hampir seminggu.

Minggu ribut dan taufan melanda
Semua berjaga -jaga
Tidur tak lena,urusan harian tergendala
Kencangnya angin tak terkira
Dedahan pokok ke sini sana
Arus deras di mana- mana

Manusia berkira -kira
Bilakan akan bencana reda
Hati resah gundah gelana
Keselamatan jadi agenda
Amaran dilancar di media
Jaga diri dan keluarga

Bencana dari Yang Maha Esa
Ingin menguji hambaNya
Sekadar sedikit gambaran
Akan Hari Kegoncangan
Terima kasih Ya Tuhan, atas peringatan.


Sunday, July 29, 2012

Kalau esok Izrail menjelma~

Kalau esok Izrail menjelma,
Datang membawa arahan Sang Pencipta,
Takkan bertangguh sedetik masa,
Kita kembali bersua si Dia
Adakah kita bersedia,
Mahu dipersembah amal mana?
Berapa kerat solat yang disempurna
Berapa ribu dzikir padaNya
Segunungkah amal yang telah dilaksana
Sudahkah hati cinta padaNya

Kalau esok Izrail menjelma
Adakah ketika diri bertaubat
Atau tangan digelumangi bermaksiat
Bersuka ria berdansa hebat
Bermewah hidup tulang empat kerat
Masa lapang dibiar berlalu
Menangguh taubat menolak seru
Masih cinta dunia penipu
Atau hati masih tertipu

Kalau esok Izrail menjelma
Aku berharap aku bersedia
Aku hanya insan biasa
Tidak dapat ku lari dari dosa
Tapi aku sentiasa berdoa
Kasih dan rahmat Tuhanku membawa ke syurga

8 Ramadhan 1433
29 Julai 2012