Tuesday, May 15, 2012

Mogok Lapar : Perlukah?

15 Mei merupakan hari ulangtahun Nakbah Palestin. Setiap tahun berbagai aktiviti dilakukan bagi memperingati acara ini. Bagi tahun ini,acara yang paling menarik perhatian umat sedunia adalah mogok lapar. Dalam masa sehari,beratus orang telah menukar gambar profil di laman sosial Facebook masing- masing bagi menunjukkan sokongan mereka kepada mogok lapar yang telah dilakukan oleh banduan Palestin di penjara Israel.


Kebanyakan mereka berpendapat bahawa usaha ini adalah mulia dan patut disokong bagi mendesak Israel bagi memberikan hak asasi seperti yang telah di isytiharkan oleh Undang- undang Antarabangsa seperti hak untuk belajar,hak untuk dilawati dan hak- hak asasi lain yang patut dinikmati oleh banduan-banduan penjara lainnya.


Tidak dinafikan bahawa niat mereka adalah sangat terpuji bagi menuntut hak-hak yang sepatutnya mereka nikmati. Bagaimanapun,adakah mogok lapar adalah jalan terbaik bagi mendapatkan hak-hak ini. Adakah tindakan melakukan mogok lapar adalah tindakan terpuji atau sebenarnya adalah tindakan yang patut dijauhi? Sejujurnya saya amat tidak menyetujui tindakan yang dilakukan ini. Berikut adalah sebab-sebabnya:


1) Mogok lapar = membunuh diri
Sekiranya kira fikirkan sejenak,bukankah mogok lapar ini mirip membunuh diri. Sekiranya tahanan ini melakukan mogok lapar selama beberapa hari,ia mungkin tidak akan memudaratkan diri,tetapi bagaimana pula jika mogok lapar itu dilakukan selama berpuluh hari. Sebagai contoh 76 hari yang dilakukan oleh Bilal Thiab (ketika artikel ini ditulis). Tindakan tidak mengambil makanan hanya akan memudaratkan diri sendiri. Di dalam hal ini, pihak berkuasa penjara tidak boleh disalahkan kerana mereka sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil makanan. Menurut beberapa artikel, para peserta mogok ini akan mengambil makanan sekiranya mereka tidak berkemampuan, dan akan meneruskan mogok tersebut, bagaimanapun melalui gambar yang dibekalkan tentang keadaan di penjara, ia boleh disimpulkan bahawa mogok lapar yang dilakukan sangat memudaratkan.



Lihatlah keadaan salah seorang banduan diatas, adalah amat tidak munasabah sekiranya kita berpendapat bahawa mogok lapar yang dilakukan tidak memudaratkan kesihatan mereka. Bukankah setiap perkara yang memudaratkan itu amat ditentang di didalam Islam? Walaupun niat mereka diakui baik,tetapi ia tidak bermakna cara yang tersebut adalah betul. Bagaimana sekiranya didalam tempoh mogok lapar tersebut mereka meninggal dunia?( Minta dijauhkan Allah).. Bukankah tindakan ini sebenarnya hanya menjurus kepada perbuatan membunuh diri.


Lihat sahaja ibadah puasa, Rasulullah sendiri melarang kita dari berpuasa berterusan. Sedangkan itu adalah ibadah, yaitu tindakan yang dilakukan untuk Allah. Didalam kes ini, tindakan mogok lapar dilakukan bagi menarik perhatian manusia. Adalah sangat tidak munasabah jika kita melakukannya hingga memudaratkan diri kita sendiri.


2) Israel tertekan?
Seperti yang kita sedia maklum, mogok lapar ini dilakukan bagi memberi tekanan kepada Israel supaya memberikan hak-hak asasi kepada banduan-banduan tersebut. Secara logiknya adakah kita yakin yang Israel akan memberikan hak-hak tersebut hasil desakan oleh mogok lapar? Berdasarkan peristiwa-peristiwa sebelum ini, Israel tidak bertindak mengikut tekanan masyarakat antarabangsa walaupun sering dikritik oleh negara- negara kuasa dunia yang lain kecuali ketika Opec menghentikan bekalan minyak kepada negara Israel. Hanya peristiwa itu yang mampu memberi tekanan kepada Israel. Sekiranya kita fikirkan secara logik,adakah tindakan mogok lapar akan memberi tekanan kepada Israel?


Cuba bayangkan anda adalah seorang tentera Israel yang amat bencikan rakyat Palestin. Didalam hati anda penuh dgn kebencian terhadap rakyat Palestin dan anda amat mahukan mereka mati. Bukankah dgn melakukan mogok lapar hanya akan membantu Zionis untuk membunuh dan menyeksa rakyat Palestin seperti yang mereka idam-idamkan. Mereka hanya akan mentertawakan banduan-banduan tersebut kerana mereka tidak perlu bersusah payah melakukan penyeksaan,sebaliknya banduan-banduan tersebut melakukan sendiri penyeksaan terhadap diri mereka sendiri. Kesimpulannya, tentera Zionis tidak akan tertekan sedikit pun atas tindakan mogok lapar tersebut.


3) Kejayaan mogok lapar
Mengikut sejarah, mogok lapar pertama kalinya dilakukan oleh Mahatma Gandhi pada 8 May 1932 bagi menentang penjajahan British di India. Dan seperti yang kita sedia maklum ia adalah berjaya. Bagaimanapun kita mesti meneliti keadaan antara British and Zionis. Masyarakat British majoritinya pada waktu mogok lapar dilakukan Gandhi adalah beragama Kristian dan konsep 'love thy neighbour' amat memainkan peranan yang besar dalam pembentukan masyarakat mereka. Ini terbukti didalam kes Donoghue v Stevenson dimana ia telah memberikan kesan signifikan kepada pembentukan undang- undang sivil di British. Didalam kes ini hakim telah menggunakan frasa 'love thy neighbour' di dalam Bible dalam mengadili kes tersebut. Ini menunjukkan betapa masyarakat British umumnya akan memberi respon kepada perkara yang membabitkan kebajikan orang lain didalam masyarakat. Inilah faktor yang menyebabkan mogok lapar yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi terhadap British berjaya.


Tetapi jika kita lihat kepada masyarakat Zionis, mereka mempercayai bahawa mereka adalah kaum 'master' dan adalah lebih mulia daripada orang Arab. Ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Israel Menachem Begin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bangsa Yahudi adalah 'Master Race' dan lebih mulia dari bangsa Arab. Begin juga percaya bahawa Tuhan mahu bangsa Yahudi untuk memiliki tanah Palestin dan semestinya tiada tiada asas untuk kedamaian (Ref 1.)


Sekiranya kita menganalisa pegangan masyarakat Zionism kita akan mendapati mereka tidak akan mengambil kisah kepada apa sahaja yang berlaku kepada bangsa lain melainkan bangsa Yahudi (They dont give a damn shit!). Semestinya mogok lapar yang dilakukan juga tidak akan memberikan kesan kepada mereka. Tambahan lagi,mereka sedikit pun tidak akan terjejas dengan mogok lapar tersebut. Mungkin, mereka akan menerima sedikit kecaman dari masyarakat dunia, tetapi ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka kerana mereka sudah lali dengan kecaman. Ia seumpama nyamuk di waktu malam. Tambahan lagi bukan mereka yang menghentikan bekalan makanan kepada banduan tersebut, sebaliknya banduan tersebut yang memilih untuk tidak makan dan bermogok lapar.

Kesimpulannya mogok lapar bukanlah cara terbaik didalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin kerana ia tidak akan memberi kesan kepada Zionist dan hanya memudaratkan diri sendiri. Semoga perjuangan rakyat Palestin terus disokong dengan cara yang lain.