Showing posts with label UnDaNg-UnDaNg. Show all posts
Showing posts with label UnDaNg-UnDaNg. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Perkahwinan Antara Agama: Pegangan Pihak Berkuasa Islam Malaysia.


Menurut kenyataan diatas, Ketua Pengarah Jakim berkata yang ianya tidak dibenarkan. Tapi melihat kepada kenyataannya,ianya bersifat tidak terperinci kerana ia kurang tepat. Kenyataan beliau kurang tepat kerana perkahwinan antara seorang Muslim dan seorang bukan Muslim adalah dibenarkan sekiranya perempuan bukan Islam tersebut adalah Ahli Kitab mengikut Enakmen Keluarga Islam Perlis.

Mengikut enakmen tersebut:

Seksyen 10. Orang-orang dari agama lain.
(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

Berdasarkan enakmen tersebut,seorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan seorang perempuan ahli Kitab. Bagaimanapun,kebenaran tersebut adalah diberikan kepada pihak lelaki sahaja.

Mungkin ramai yang berkata bahawa ahli Kitab sudah tidak wujud. Bagaimanapon, jawatankuasa fatwa Perlis telah menerangkan perihal Ahli Kitab.Mengikut fatwa tersebut, maksud Ahli Kitab secara umum ialah ‘orang-orang yang masih berpegang kepada Kitab Taurat dan Injil walaupun kitab itu sudah diselewengkan sebelum Al-Quran diturunkan’. Tetapi Al-Quran masih menganggap mereka itu Ahli Kitab.

Jawatankuasa Fatwa juga telah memberikan beberapa syarat yang melayakkan seseorang perempuan Ahli Kitab itu dikahwini. Ianya ialah

1) Hendaklah wanita itu benar-benar seorang Ahli Kitab beragama Yahudi atau Nasrani, bukan Atheis yang tidak mempercayai Tuhan kerana golongan ini terkeluar daripada mafhum Ahli Kitab.

2) Hendaklah wanita Ahli Kitab itu bukan dari golongan kafir harbi (yang wajib diperangi). Ini adalah kerana bimbang kehidupan anak di negara kafir harbi dan keadaan wanita itu sering berurusan dengan benda haram seperti arak dan babi.

3) Hendaklah wanita itu seorang yang muhsanah (menjaga kehormatan diri) sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya) :

‘Dan dihalalkan mengahwini) wanita yang menjaga kehormatan daripada kalangan wanita beriman dan wanita yang menjaga kehormatan daripada golongan yang diberi Kitab sebelum kamu’.

4) Hendaklah wanita itu tunduk kepada konsep qiwamah ar-rijal (keketuaan lelaki) dalam rumah tangga. Syarat ini diambil daripada hikmah di sebalik pengharaman perkahwinan antara muslim dengan lelaki Ahli Kitab. Kerana keketuaan dalam keluarga adalah milik suami, justeru isteri perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga.

Kesimpulan:

1) Perkahwinan antara lelaki Muslim dan perempuan bukan Muslim dibenarkan di Malaysia .
2) Bagaimanapun anda hanya boleh berkahwin di Perlis kerana hanya Perlis yang membenarkan perkahwinan ini.
3) Bagi melayakkan anda berkahwin di Perlis,anda mesti tinggal/ bermastautin di Perlis.

p/s: There is a way,why walk away?


Tuesday, May 15, 2012

Mogok Lapar : Perlukah?

15 Mei merupakan hari ulangtahun Nakbah Palestin. Setiap tahun berbagai aktiviti dilakukan bagi memperingati acara ini. Bagi tahun ini,acara yang paling menarik perhatian umat sedunia adalah mogok lapar. Dalam masa sehari,beratus orang telah menukar gambar profil di laman sosial Facebook masing- masing bagi menunjukkan sokongan mereka kepada mogok lapar yang telah dilakukan oleh banduan Palestin di penjara Israel.


Kebanyakan mereka berpendapat bahawa usaha ini adalah mulia dan patut disokong bagi mendesak Israel bagi memberikan hak asasi seperti yang telah di isytiharkan oleh Undang- undang Antarabangsa seperti hak untuk belajar,hak untuk dilawati dan hak- hak asasi lain yang patut dinikmati oleh banduan-banduan penjara lainnya.


Tidak dinafikan bahawa niat mereka adalah sangat terpuji bagi menuntut hak-hak yang sepatutnya mereka nikmati. Bagaimanapun,adakah mogok lapar adalah jalan terbaik bagi mendapatkan hak-hak ini. Adakah tindakan melakukan mogok lapar adalah tindakan terpuji atau sebenarnya adalah tindakan yang patut dijauhi? Sejujurnya saya amat tidak menyetujui tindakan yang dilakukan ini. Berikut adalah sebab-sebabnya:


1) Mogok lapar = membunuh diri
Sekiranya kira fikirkan sejenak,bukankah mogok lapar ini mirip membunuh diri. Sekiranya tahanan ini melakukan mogok lapar selama beberapa hari,ia mungkin tidak akan memudaratkan diri,tetapi bagaimana pula jika mogok lapar itu dilakukan selama berpuluh hari. Sebagai contoh 76 hari yang dilakukan oleh Bilal Thiab (ketika artikel ini ditulis). Tindakan tidak mengambil makanan hanya akan memudaratkan diri sendiri. Di dalam hal ini, pihak berkuasa penjara tidak boleh disalahkan kerana mereka sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil makanan. Menurut beberapa artikel, para peserta mogok ini akan mengambil makanan sekiranya mereka tidak berkemampuan, dan akan meneruskan mogok tersebut, bagaimanapun melalui gambar yang dibekalkan tentang keadaan di penjara, ia boleh disimpulkan bahawa mogok lapar yang dilakukan sangat memudaratkan.



Lihatlah keadaan salah seorang banduan diatas, adalah amat tidak munasabah sekiranya kita berpendapat bahawa mogok lapar yang dilakukan tidak memudaratkan kesihatan mereka. Bukankah setiap perkara yang memudaratkan itu amat ditentang di didalam Islam? Walaupun niat mereka diakui baik,tetapi ia tidak bermakna cara yang tersebut adalah betul. Bagaimana sekiranya didalam tempoh mogok lapar tersebut mereka meninggal dunia?( Minta dijauhkan Allah).. Bukankah tindakan ini sebenarnya hanya menjurus kepada perbuatan membunuh diri.


Lihat sahaja ibadah puasa, Rasulullah sendiri melarang kita dari berpuasa berterusan. Sedangkan itu adalah ibadah, yaitu tindakan yang dilakukan untuk Allah. Didalam kes ini, tindakan mogok lapar dilakukan bagi menarik perhatian manusia. Adalah sangat tidak munasabah jika kita melakukannya hingga memudaratkan diri kita sendiri.


2) Israel tertekan?
Seperti yang kita sedia maklum, mogok lapar ini dilakukan bagi memberi tekanan kepada Israel supaya memberikan hak-hak asasi kepada banduan-banduan tersebut. Secara logiknya adakah kita yakin yang Israel akan memberikan hak-hak tersebut hasil desakan oleh mogok lapar? Berdasarkan peristiwa-peristiwa sebelum ini, Israel tidak bertindak mengikut tekanan masyarakat antarabangsa walaupun sering dikritik oleh negara- negara kuasa dunia yang lain kecuali ketika Opec menghentikan bekalan minyak kepada negara Israel. Hanya peristiwa itu yang mampu memberi tekanan kepada Israel. Sekiranya kita fikirkan secara logik,adakah tindakan mogok lapar akan memberi tekanan kepada Israel?


Cuba bayangkan anda adalah seorang tentera Israel yang amat bencikan rakyat Palestin. Didalam hati anda penuh dgn kebencian terhadap rakyat Palestin dan anda amat mahukan mereka mati. Bukankah dgn melakukan mogok lapar hanya akan membantu Zionis untuk membunuh dan menyeksa rakyat Palestin seperti yang mereka idam-idamkan. Mereka hanya akan mentertawakan banduan-banduan tersebut kerana mereka tidak perlu bersusah payah melakukan penyeksaan,sebaliknya banduan-banduan tersebut melakukan sendiri penyeksaan terhadap diri mereka sendiri. Kesimpulannya, tentera Zionis tidak akan tertekan sedikit pun atas tindakan mogok lapar tersebut.


3) Kejayaan mogok lapar
Mengikut sejarah, mogok lapar pertama kalinya dilakukan oleh Mahatma Gandhi pada 8 May 1932 bagi menentang penjajahan British di India. Dan seperti yang kita sedia maklum ia adalah berjaya. Bagaimanapun kita mesti meneliti keadaan antara British and Zionis. Masyarakat British majoritinya pada waktu mogok lapar dilakukan Gandhi adalah beragama Kristian dan konsep 'love thy neighbour' amat memainkan peranan yang besar dalam pembentukan masyarakat mereka. Ini terbukti didalam kes Donoghue v Stevenson dimana ia telah memberikan kesan signifikan kepada pembentukan undang- undang sivil di British. Didalam kes ini hakim telah menggunakan frasa 'love thy neighbour' di dalam Bible dalam mengadili kes tersebut. Ini menunjukkan betapa masyarakat British umumnya akan memberi respon kepada perkara yang membabitkan kebajikan orang lain didalam masyarakat. Inilah faktor yang menyebabkan mogok lapar yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi terhadap British berjaya.


Tetapi jika kita lihat kepada masyarakat Zionis, mereka mempercayai bahawa mereka adalah kaum 'master' dan adalah lebih mulia daripada orang Arab. Ini dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri Israel Menachem Begin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bangsa Yahudi adalah 'Master Race' dan lebih mulia dari bangsa Arab. Begin juga percaya bahawa Tuhan mahu bangsa Yahudi untuk memiliki tanah Palestin dan semestinya tiada tiada asas untuk kedamaian (Ref 1.)


Sekiranya kita menganalisa pegangan masyarakat Zionism kita akan mendapati mereka tidak akan mengambil kisah kepada apa sahaja yang berlaku kepada bangsa lain melainkan bangsa Yahudi (They dont give a damn shit!). Semestinya mogok lapar yang dilakukan juga tidak akan memberikan kesan kepada mereka. Tambahan lagi,mereka sedikit pun tidak akan terjejas dengan mogok lapar tersebut. Mungkin, mereka akan menerima sedikit kecaman dari masyarakat dunia, tetapi ia tidak akan memberikan kesan kepada mereka kerana mereka sudah lali dengan kecaman. Ia seumpama nyamuk di waktu malam. Tambahan lagi bukan mereka yang menghentikan bekalan makanan kepada banduan tersebut, sebaliknya banduan tersebut yang memilih untuk tidak makan dan bermogok lapar.

Kesimpulannya mogok lapar bukanlah cara terbaik didalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin kerana ia tidak akan memberi kesan kepada Zionist dan hanya memudaratkan diri sendiri. Semoga perjuangan rakyat Palestin terus disokong dengan cara yang lain. 


Thursday, February 2, 2012

Better that ten guilty persons escape than one innocent suffers~






Better that ten guilty persons escape than that one innocent suffer. Ini adalah salah satu ungkapan yang terkenal dikalangan pelajar Undang-Undang. Kata-kata ini diungkapkan pada 1760 oleh William Blackstone. Beliau adalah seorang Jurist dari England yang pakar dalam bidang perundangan Jenayah.




Mula-mula waktu aku dgar pasal quote ni aku sedikit kurang bersetuju dengannya. Sebab bagi aku, biarlah kita ambil risiko memenjarakan seorang daripada membiarkan 9 orang terlepas kemuka pengadilan. Kerana apabila 9 orang yang bersalah dibiarkan terlepas, kesanny lebih besar daripada kesengsaraan seseorang yang tidak bersalah. Apalah salahnya seseorang dikorbankan demi untuk kesejahteraan banyak pihak.




Tapi bila difikirkan kembali, aku merasakan yang kata-kata ini penuh makna. Seseorang yang tidak bersalah mempunyai hak untuk merasai kebebasan. Kita tidak boleh menafikan hak-hak tersebut. Bayangkan perasaan tertuduh sekiranya beliau didapati bersalah atas tuduhan yang tidak pernah dilakukan. Bahkan lebih terul lagi apabila dia tidak pernah terlintas di fikiran akan melakukan perkara tersebut.




Impak daripada tuduhan tidak berasas ini akan juga mempengaruhi orang disekeliling tertuduh. Bayangkan sekirany tertuduh mempunyai anak. Bagaimana mungkin anknya akan menghadapa persepsi masyarakat. Bayangkan pula ibu bapa yang berpenat menjaga dan membesarkan,apakah perasaan si ibu dan bapa apabila dikurniakan dgn perkara sebegitu.




Situasi ini boleh kita rasakan dalam filem Conviction (2010) dimana seorang lelaki menjadi mangsa fitnah. Lelaki ini terpaksa menghbiskan masanya di penjara selama 18 tahun. 18 thun dia kehilangan hidup. Anaknya juga sudah tidak mempercayai dan menganggap bahwa dia adalah pembunuh.Tapi disebabkan kecekalan adiknya untuk membuktikan dia tidak bersalah, akhirnya bukti DNA membuktikan yang beliau telah difitnah.




Filem Conviction





Inilah sebabnya Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi saksi bagi kes2 jenayah.Sebagai contoh syaratnya ialah orang yang adil iaitu orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Dengan kata lainnya,tidak fasiq, diketahui keadilannya dan bukan orang yang hasad dan dengki atau khianat. Syarat ini adalah penting bagi memastikan keadilan kepada si tertuduh.






Islam juga melarang kita supaya melakukan fitnah. Hal ini dinyatakan didalam hadis yang menyatakan dosa membuat fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Ini menunujukkan bahwa Islam amat menjaga hak seseorang untuk menikmati kebebasan dalam melakukakan sesuatu dan terpelihara daripada tuduhan yang tidak berasas.






Semoga kita semua terlepas dari bencana fitnah dan bencana melakukan fitnah.Amin.

Friday, November 4, 2011

Mahasiswa boleh berpolitik~



 Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa dalam penghakimannya menyatakan bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi dengan itu,mahasiswa kini bebas untuk menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik.


Bagaimanapun kerajaan melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin akan membincangkan perkara ini didalam mesyuarat kabinet samada meraka akan merayu atau tidak kepada Mahkamah Rayuan. Pada masa yg sama,



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew  meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dengan alasan ia selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.


Khairy Jamaluddin



Reaksi pihak pembangkang dalam hal ini dinyatakan melalui Ahli Parlimen Shah Alam. Khalid Samad. Beliau berkata  bahawa  kerajaan masih memperlihatkan cara pemikiran lama apabila terus-menerus mahu mengekang pemikiran mahasiswa terutama dalam politik.


"Sekiranya mereka masih mahu membawa perkara ini pada peringkat yang lebih tinggi, ianya menunjukkan cara pemikiran lama masih berada di pihak BN (Barisan Nasional) dan segala percakapan berhubung transformasi adalah retorik semata-mata," 
Datuk Khaled Nordin kemudiannya berkata, memang tidak salah tetapi masyarakat umum seharusnya memahami secara mendalam tujuan Pasal 10 (2) Perlembagaan Persekutuan diwujudkan. 
Datuk Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
"Pasal itu menyatakan bahawa hak-hak kebebasan itu boleh disekat jika ia bertujuan bagi maksud pendidikan. Jadi, apakah yang ada dalam pemikiran mereka yang melahirkan Pasal 10 (2), itu yang perlu diterjemahkan," 

Jadi aku terus la check Perlembagaan Perkara 10(2) yg menyatakan :


(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1),
apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat
demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara
lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatansekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan
Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah,
fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1),
a p a - a p a   s e k a t a n   y a n g   d i d a p a t i n y a   p e r l u   a t a u   s u a i
ma n f a a t   d emi   k e p e n t i n g a n   k e s e l ama t a n   P e r s e k t u a n
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1),
a p a - a p a   s e k a t a n   y a n g   d i d a p a t i n y a   p e r l u   a t a u   s u a i
manf a a t  demi  kepent ingan ke s e l ama t an Pe r s ekutuan
atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau
prinsip moral.

dan terus terang aku dapati tiada peruntukan yg memberi kuasa utk AUKU dilaksanakan.

Hal ni,kalau tgok dr segi positifnya ialah mahasiswa boleh terlibat dgn politik dan membantu dalam merencanaka pembangunan dan pentadbiran negara. walaubagaimanapun, kebebasan berpolitik boleh menjejaskan pengajian mereka.

Hurm,buat sahabat-sahaabt diluar sana,anda boleh berfikir. Anda adalah mahasiswa yg mempunyai kemahiran berfikir dan boleh buat keputusan sendiri. Eksploit apa yg berlaku utk kebaikan anda. Kalau berpolitik boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran diri, silakan,tetapi kalau ia boleh menjejaskn pelajaran mungkin pilihan yg terbaik adalah menjauhkan diri anda.