Thursday, March 29, 2012

Bilakah mahu kembali

Saban hari,sinar Islam semakin cerah. Kalau di negara-negara Eropah, bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah, masjid- masjid bercambah dengan suburnya, manakala di negara timur pula, bilangan orang yang kembali kepada Islam boleh dikatakan amat menakjubkan dan pengambangan Islam semakin kukuh. Satu gelombang yang tidak kan dihebahkan oleh media-media massa.

Betapa ini menunjukkan yang umat amat rindukan rahmat Islam. Betapa mereka rindukan keindahan hidup berlandaskan apa yang telah diperintahkan.Fenomena ini sebenarnya sepatutnya menjadi perkara biasa buat masyarakat. Setiap manusia di dunia ini diciptakan oleh pencipta Yang Maha Esa.. Hakikat penciptaan manusia oleh Tuhan adalah sesuatu yang tak dapat dinafikan lagi.

Inilah fitrah kita. Dari Nya kita dating dan kepada Nya jualah kita kan kembali. Semakin mereka menjauh dari pencipta semakin mereka ingin kembali .Sejauh mana pun kita menjelajah di bumi ini, sejauh manapun kita cuba lari, seberat manapun kita ingkar, sehebat manapun kita disanjung oleh manusia ,kita takkan dapat menafikan hakikat yang kita sebenarnya akan kembali kepadaNya.

21. Al-Anbiyaa’

[35]
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.


Persoalannya sekarang ialah bila akan kita kembali. Adakah kita akan kembali dengan pilihan kita atau kita akan kembali apabila dia menjemput. Hakikat kehidupan,setiap manusia akan mati. Apabila mati inilah kita akan kembali menemui pencipta kita. Sedar atau tidak kehidupan kita bukan semakin lama tetapi semakin pendek. Bila –bila masa sahaja nyawa akan kita akan kembali diambil olehnya.

Ketika nyawa diambil dari jasad,hanya ada dua kemungkinan. Samada kita kembali dalam keadaan fitrah kita iaitu beriman atau menongkah fitrah kita iaitu dalam keadaan kufur. Sekiranya kita kembali dalam keadaan kufur,ia amatlah menyedihkan. Setelah segala keterangan yang telah disampaikan oleh Rasullullah dan para daie kita masih tidak menyakininya. Alangkah ruginya diri kita ketika itu.

Yang keduanya ialah kita kembali dalam kembali kepada pencipta kita secara pilihan. Kembali dalam konteks ini bukanlah meninggalkan dunia dan mengambil nyawa sendiri tetapi kembali kepada fitrah penciptaan kita. Kembali kepada persoalan penciptaan kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah dan juga menjadi khalifah kepada makhluk- makhluk lain di muka bumi ini. Kembali untuk melaksanakan apa yang telah diperintahkan dan menjauhkan diri dari apa yang telah Allah larang. Kembali untuk menyebarkan risalah dakwah kepada makhluk lain dan juga memakmurkan bumi Allah ini.

51. Az-Zariyat
[56]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Sekarang adalah masanya untuk kita tanya kepada diri kita. Cara bagaimana yang kita pilih untuk kembali kepadaNya. Adalah secara pilihan kita sendiri atau ketika Dia datang menjemput. Bagi yang merasa diri mereka telah kembali, tanyalah diri, cukupkah hanya diri kita kembali atau perlu kita kembali dengan yang lain. Tariklah tangan orang-orang tersayang untuk bersama dengan kita.





Alhamdulillah,Bob Lokman antara yang telah berjaya menemui jalan pulang









Remaja-remaja yang dahagakan sinar Islam


\

Artis kegemaran aku. Alhamdulillah dia telah memilih jalan pulang