Monday, September 30, 2013

Perkahwinan Antara Agama: Pegangan Pihak Berkuasa Islam Malaysia.


Menurut kenyataan diatas, Ketua Pengarah Jakim berkata yang ianya tidak dibenarkan. Tapi melihat kepada kenyataannya,ianya bersifat tidak terperinci kerana ia kurang tepat. Kenyataan beliau kurang tepat kerana perkahwinan antara seorang Muslim dan seorang bukan Muslim adalah dibenarkan sekiranya perempuan bukan Islam tersebut adalah Ahli Kitab mengikut Enakmen Keluarga Islam Perlis.

Mengikut enakmen tersebut:

Seksyen 10. Orang-orang dari agama lain.
(1) Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

Berdasarkan enakmen tersebut,seorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan seorang perempuan ahli Kitab. Bagaimanapun,kebenaran tersebut adalah diberikan kepada pihak lelaki sahaja.

Mungkin ramai yang berkata bahawa ahli Kitab sudah tidak wujud. Bagaimanapon, jawatankuasa fatwa Perlis telah menerangkan perihal Ahli Kitab.Mengikut fatwa tersebut, maksud Ahli Kitab secara umum ialah ‘orang-orang yang masih berpegang kepada Kitab Taurat dan Injil walaupun kitab itu sudah diselewengkan sebelum Al-Quran diturunkan’. Tetapi Al-Quran masih menganggap mereka itu Ahli Kitab.

Jawatankuasa Fatwa juga telah memberikan beberapa syarat yang melayakkan seseorang perempuan Ahli Kitab itu dikahwini. Ianya ialah

1) Hendaklah wanita itu benar-benar seorang Ahli Kitab beragama Yahudi atau Nasrani, bukan Atheis yang tidak mempercayai Tuhan kerana golongan ini terkeluar daripada mafhum Ahli Kitab.

2) Hendaklah wanita Ahli Kitab itu bukan dari golongan kafir harbi (yang wajib diperangi). Ini adalah kerana bimbang kehidupan anak di negara kafir harbi dan keadaan wanita itu sering berurusan dengan benda haram seperti arak dan babi.

3) Hendaklah wanita itu seorang yang muhsanah (menjaga kehormatan diri) sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya) :

‘Dan dihalalkan mengahwini) wanita yang menjaga kehormatan daripada kalangan wanita beriman dan wanita yang menjaga kehormatan daripada golongan yang diberi Kitab sebelum kamu’.

4) Hendaklah wanita itu tunduk kepada konsep qiwamah ar-rijal (keketuaan lelaki) dalam rumah tangga. Syarat ini diambil daripada hikmah di sebalik pengharaman perkahwinan antara muslim dengan lelaki Ahli Kitab. Kerana keketuaan dalam keluarga adalah milik suami, justeru isteri perlu menghormati suami sebagai ketua keluarga.

Kesimpulan:

1) Perkahwinan antara lelaki Muslim dan perempuan bukan Muslim dibenarkan di Malaysia .
2) Bagaimanapun anda hanya boleh berkahwin di Perlis kerana hanya Perlis yang membenarkan perkahwinan ini.
3) Bagi melayakkan anda berkahwin di Perlis,anda mesti tinggal/ bermastautin di Perlis.

p/s: There is a way,why walk away?