Sunday, October 30, 2011

Separuh akhir,dari dulu sampai sekarang~

Sejak aku dr kecil smpai sekarang,byak pertandingan sukan aku dah lalui..
Tp ada satu bnda yg aku plg takut..
perlawanan separuh akhir..

Mungkin ada yg ckap,separuh akhir je,bukan final pon,
tp dlm hidup aku separuh akhir la yg plg aku x suka,
sbb aku asyik terkandas je kat separuh akhir.

dulu kalau main bola baling,selalu dapat no 3
dr aku f2 sampai la aku f5,mesti kantoi kat separuh akhir,
bila tersangkut kat separuh akhir,bermakna aku hnya mampu ke penentuan tempat ke 3/4
nsib baik la selalu gak menang perlawanan ke 3/4
so ada la koleksi medal kenangan.

nasib baik la rugbi jadi pengubat
setakat aku main rugbi,dah 6 kali ke final,
walaupun sekali je menang final
kira ok la sebab semua kejohanan peringkat negeri

tp semester ni rasanya paling menyakitkan hati
semester ni kali pertama aku mewakili Bond Uni
dalam Australia University Games(AUG)
dan kami terkandas di separuh akhir

Bond Uni handball team ( aku sorang je bukan dari Eropah atau Australia)

semester ni pon kali pertama aku main dalam Bond World Cup
dan semalam,team aku,Team Mongolia
kalah dalam semi final dgn Team Australia
(walaupun nama Team Mongolia,tp xde sorg pon dr Mongolia)

tp x kisahlah,at least dapat gak ke separuh akhir
masih bertuah berbanding dgn team lain yg terkandas kat peringkat kumpulan dan suku akhir
harap2 lepas ni dpat la ke final kalau bertanding sukan apa2...

Thursday, October 13, 2011

Kembalinya mereka,menyusulnya kita~

Kebelakangan ni banyak kematian yg berlaku terhadap org2 yg disekeliling aku. Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru2 ni,seorang sahabat yg tinggal sekampung dgn aku telah pergi menemui Ilahi.


Pada Hari Raya kedua,nenek saudara aku yg tinggal disebelah rumah juga telah pergi meninggalkan kami. Dia lebih mesra dikenali dgn pnaggilan Tok Long dikalangan ahli keluarga kami.. Masih teringat,kalau dulu aku selalu ke rumahnya untuk mengambil buah jambu yg berada dlm perkarangan rumahnya. Aku juga sering melalui rumahnya untuk ke kedai runcit berdekatan.


Minggu lepas, Tok Guru aku yg mengajar aku Al-Quran pula telah dijemput oleh Izrail. Beliau dipanggil Tok Wa Man dikalangan org kampung. Aku mula dihantar berguru dgn Wa Man sejak aku 5 tahun sehinggalah aku tamat  mengaji seaktu umur 12 tahun. Walaupun aku telah khatam lebih awal,tp aku masih lagi berguru dgn dia bagi mengisi waktu malam. Setiap hari,pelajaran akan bermula pada pukul 7.30 mlm hingga pukul 915 malam. Jadi setiap hari hampir 2 jam masa telah dihabiskan bersama beliau. Beliau byak berjasa kpd aku. Ilmu Al-Quran yg dipelajari tak mungkin dapat dibalas dgn wang ringgit. Semoga Allah shj yg membalasnya.


Masih teringat,ketika mengajar,Wa Man akan memegang sebatang rotan. Sekiranya berlaku kesalahan, beliau akan menegur. Bagaimanapun sekiranya kesalahan masih berulang,rotan tadi akan hinggap di bahagian belakang. Bila difikirkan kembali, aku bersyukur dgn kaedah yg digunakan, Alhamdulillah aku berjaya menguasai bacaan dgn baik. Pelajaran aku yg terakhir ialah membaca Al-Quran dlm keadaan terbalik. Beliau pernah menyatakan hasrat supaya aku menguasai kaedah ini kerana siapa tahu suatu hari nnt aku akan mengajar Al-Quran itu sendiri. Aku juga bersyukur kerana sempat bertemu dgn beliau pada Hari Raya lepas.


Semoga pemergian mereka ini akan menjadi pengajaran kepada aku. Sesungguhnya perkara yg paling dekat dengan kita adalah kematian. Samada kita suka atau tidak,kematian telah ditetapkan.


"Tiap-tiap jiwa merasakan mati; kemudian kepada Kami kamu dikembalikan." (29:57)


Allah dan janji yg semua kita akan kembali kepadanya. Yg berbeza adalah cara kita kembali. Adakah kita akan kembali dgn keadaan kufur nikmat atau dlm keadaan yg beriman kepadanya?


Allah berfirman dalam Surah Taha:
[74]
"Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. 
[75]
"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: 
[76]
"(Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat". 





Tahun ni umur aku 20 tahun. Bila difikirkan,berapa byak manakah amalan yg telah aku lakukan. Adakah amalan aku selama ini diterima oleh Allah? 20 tahun.Berapa lama lagikah umur  yg tinggal..Setahun? Sebulan atau sehari lagi. Semoga hari-hari yg tinggal akan dimanfaatkan sebaiknya.


[3:102]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. 




Monday, October 3, 2011

Duitkah Yang Dicari?



Satu kisah yg menarik untuk dikongsi..baca di laman web iluvislam.com..karya Zulakmar Hazwan. boleh dibaca disini...


Kisah ini berlaku tiga tahun lepas sebelum aku bergelar perunding kejuruteraan. Ketika itu, aku masih seorang jurutera muda. Pertemuan aku dengan Pak Cik Roslan (bukan nama sebenar)  membuatkan mata aku terbuka dan hati yang senang untuk memikirkan keadaan aku sekarang.
Pak Cik Roslan seorang jurutera hebat. Projek kerajaan atau swasta, tidak kira bangunan atau jalan, Pak Cik Roslan tidak ketinggalan dalam mencatatkan dirinya sebagai berpengalaman. Maklum sahajalah jika begitu berpengalaman, tentu dia seorang yang jauh lebih daripada seorang kaya, seorang yang hidup mewah.
Dia bercerita "Zul.. Pak Cik daripada satu projek ke satu projek... berjuta-juta mahalnya projek, 'income' tak pernah putus. Sesekali tu dua tiga projek serentak! Tak sempat balik ke rumah, cari hotel untuk bermalam, lima bintang tu dah kira rumah."
Aku tergamam.

Sambungnya "Pak Cik hidup mewah, rumah besar, kereta mewah, duit melimpah-limpah."
Tergerak hati aku "Adakah Allah menghantar insan ini sebagai peringatan kepadaku? Wallahu'alam."
"Tapi Zul.. hidup Pak Cik jauh dari masjid. Solat Pak Cik tunaikan tapi jarang ke masjid, Pak Cik cari kemewahan. Pak Cik dapat kemewahan."
Suatu hari, sedang Pak Cik Roslan di tapak pembinaan memantau projek bernilai berjuta-juta ringgit. Pak Cik Roslan diserang sakit jantung. Dikejarkan ke hospital. Terlantar sepuluh hari.
Sesudah keluar daripada hospital, kerja projek disambungnya. Projek pula bertukar ganti dan Pak Cik Roslan bertambah mewah.
Sekali lagi Pak Cik Roslan diserang 'stroke' terjatuh terlantar. Dadanya dibedah untuk dibuat 'bypass'. Nasib pakcik Roslan baik, 'stroke' tidak melumpuhkan dia.
Dua bulan Pak Cik Roslan berehat daripada bekerja. Dalam ketika itu, Pak Cik Roslan banyak menghabiskan masa di negara Eropah untuk merehatkan diri.
Selepas itu, Pak Cik Roslan kembali beraksi.
"Ahh! Sakit tu kekadang saja. Pakai duit pun tak banyak.. yang penting harta kena ditambah semula." Enak kata hatinya.
Pada hari pertama di pejabat, sebelum pulang, Pak Cik Roslan merasa pelik, kerana pejabatnya kosong. Mana perginya kakitangan beliau? Walhal, sebentar tadi sahaja masih ramai orang bekerja.
Tidak hiraukan perkara itu, Pak Cik Roslan melangkah ke pintu keluar pejabatnya. Sampai sahaja di tengah-tengah pejabat, 'stroke' datang menjengah lagi!
Suatu suara datang membisikan pada telinganya,
 "Satu juta tak cukup.. dua juta tak cukup.. sepuluh juta tak cukup.. sekarang siapa mahu tolong? sepuluh juta boleh tolong?"
Suara itu jelas dan amat lancar. Tetapi bukan datangnya daripada mana-mana manusia pun. Tiada seorang pun berada di situ. Wallahu'alam.
Pak Cik Roslan jatuh kejang di atas lantai, terbaring.. kakinya kejang, tangan menarik-narik bajunya sendiri. Wajahnya pucat.
Pak Cik Roslan cuba menghubungi ambulan untuk mendapatkan bantuan. Malangnya gagal, apabila telefon bimbit yang tercanggih dibelinya, termahal dan termewah. Tampak segak bergaya dan mewah sekali telefon bimbit itu. Namun, satu punat pun Pak Cik Roslan tidak berjaya menekannya.
Anggaran tiga hingga empat jam selepas itu, barulah pekerjanya menyedari akan keadaan Pak Cik Roslan dan dia dikejarkan ke hospital.
Mengikut cerita pekerjanya, sepanjang hari sememang-memangnya pejabat itu begitu ramai orang dan ketika kejadian menimpa Pak Cik Roslan pun, pejabat sebenarnya masih belum kosong.
Rakaman CCTV juga menunjukan pejabat tidak sesekali kosong. Bayangan Pak Cik Roslan berjalan menuju pintu keluar dan jatuh begitu jelas. Namun, dengan kuasa Allah, Pak Cik Roslan tidak nampak sesiapa dan tiada sesiapa nampak Pak Cik Roslan jatuh.
Sejak daripada peristiwa itu, Pak Cik Roslan insaf dan sedar. Kini, Masjid Negara adalah rumah keduanya. Dia tidak lagi bekerja dan banyak menghabiskan hidupnya dengan menimba ilmu agama dan beribadah kepada Allah.
"Zul.. tak guna duit ada berjuta.. duit tak tolong bila kita susah.. apa guna ada rumah besar tapi tidak menjadi tempat tidur dan rehat, tidur hotel pula, apa guna kereta mewah dan besar tetapi tak boleh 'drive' sendiri dan bila mati tak pula naik kereta tu semua, apa guna ada duit dan mewah tapi tidak hidup bekeluarga."
"Apa yang penting Zul.. adalah ilmu kerana dengan ilmu kita kenal Allah dan agama.. daripada situ kita mohon rahmat dan berkat."
Pak Cik Roslan kini mengambil diploma dalam Pengajian Islam kerana kuliah di masjid terlalu perlahan untuk dia menimba banyak ilmu yang telah lama kosong dari dalam dirinya.
Kepada Pak Cik Roslan, terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya dan menjadi pengajaran yang amat besar bagi saya. Izinkan saya berkongsi cerita ini agar semua orang dapat memanfaatkan pengajarannya. Pak Cik Roslan, telah lama kita tidak bertemu. Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepadamu.
Pertemuan kita sekejap tetapi amat mahal harganya. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.

Antara 2 darjat~




Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." (Hadis riwayat al-Bukhari).