Showing posts with label KiSaH. Show all posts
Showing posts with label KiSaH. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Facebook and Twitter status update~


Sejak kebelakangan ni,bila tengok sesetengah orang tweet pasal masalah peribadi,aku teringat kisah Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim. Berikut adalah kisahnya dalam bentuk dialog.


Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Bila kita kiaskan kisah ni dengan kehidupan kita,kita boleh tengok persamaan hidup kita dengan kisah di atas. Berapa ramai yg update status dia setiap hari di Facebook dan Twitter cerita kisah peribadi kepada orang lain.Kalau kita berada di dalam situasi di atas,rasanya mesti dah ramai yg patut di ceraikan.

#i always believe that we either say something good or shut up!


Wednesday, April 4, 2012

Sensitifnya Seorang Isteri

Suatu petang di bulan Ramadan.

Seorang suami duduk mengadap meja menunggu waktu berbuka. Manakala isteri masih sibuk menyiap dan menghidangkan juadah untuk berbuka.

Sementara menunggu azan berkumandang, suami menadah tangan dan berdoa. Antara yang dipohon di dalam doanya ialah supaya sahabatnya Khalid diberi taufiq oleh Allah dan dipertemukan jodoh dengan wanita solihah.

Tiba-tiba, isterinya datang dan memukulnya dengan kuat.

Suami terkejut dan kehairanan lantas bertanya: “Kenapa awak pukul saya? Saya berdoa untuk sahabat saya, Khalid!”

Isterinya menjawab: “Saya tahu!”

“Habis tu, kenapa awak pukul saya? Apa salahnya saya berdoa untuknya?”

“Abang boleh doakan apa saja untuk sahabat abang tu, tapi jangan doakan supaya dia berkahwin!”

Suami bertambah hairan mendengar jawapan isterinya yang pelik itu.

“Kenapa saya tak boleh doa supaya dia berkahwin?”

“Sekarang ni waktu mustajab. Kalau abang doa untuknya, malaikat akan kata, “dan untukmu pun begitu juga!”

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “ Doa seorang mukmin untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil kepadanya. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,malaikat itu akan berkata “Amin dan engkau pun akan mendapat apa yang ia dapatkan””.