Tuesday, December 20, 2011

Musim Kahwin Muda!!!!

Bila umur dah 20an ni..rasanya topik yg paling hot ialah kahwin
mmg x dapat disangkal lagi,ni la target smua org skrg
Tahun ni ja dah 3 kawan aku kahwin
2 kawan skolah  menengah dan seorg kawan masa kat SMAP Labu

Bulan March lepas,kawan first kahwin
Syafiq Ramli nama dia
aku pon x sgka..punya la dok couple dgn org lain
tup..tup..tup kahwin ngan org lain..
haih,mcm2..

yg 2nd Khairil Mohd Azuan..
kwan baik time sekolah rendah
bini dia umur 18,dia 20..
tp aku mmg dah agak dah pon dia ni akan khwin dulu
mmg dah boleh predict dah.,

ni gambar Wan kahwin..

yg paling latest ialah sahabat time SMAP Labu..
dia kawn ngan budak SMAP jugak kot..
sama batch ngn dia
ni case couple kat kelas lah ni..
kn Izat kan?
hahahahaha

ni Izat dan isteri..pergh,senyum sampai telinga kot

Kepada smua yg dah kahwin
didoakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu..
Semoga perkahwinan kalian akan dikurniakan barakah dgn cahaya mata soleh dan solehah

Pada yg belum kahwin tu apa lagi?
Percepatkanlah perkahwinan anda..

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.
Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."


Dalam surah Ar-Rum Allah SWT berfirman:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

So apa lagi tunggu kahwin la cepat!!!!!!

Aku?
hahahaha..
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin
aku x nak kahwin

Kenapa?
Biarlah rahsia~ haha.. =)

6 comments: