Thursday, December 29, 2011

Rezeki Magpies~

Tanpa aku sedar
dah hampir 2 bulan aku 'bersama' dgn Magpies
Magpies ni ialah sejenis burung native kat Australia
Kat sini mmg banyak,senang je kalau nak cari kat sini
Tp sekali tgok mcm gagak pon ada gak

Kisah dia bermula bila ada sekor Magpies ni selalu dtg kwsan blkg rumah aku
Mula2 aku buat x kesah je
Tp bila aku teringat lebihan roti yg ada
aku pon bagi la makan

Dalam x sedar dah hampir 2 bulan aku bagi
Ada sekali tu aku terlupa bagi makan
Pastu burung ni dtg depan tingkap bilik aku
Seolah2 mintak makanan
Bila aku keluar ke blkg rumah utk bagi kat dia
Dia dah bersedia tggu makanan aku..hahaha

Baru2 ni aku terfikir
Aku dgn burung ni xda apa pon hubungan
Kalau kat Australia ni org smua takut dgn burung ni
Sbb bayk kes serangan sampai buta mata

Tapi Allah Maha Berkuasa
Dia jadikan aku sbgai org tgah utk Dia kurniakan rezeki
Kalau la aku burung ni
Mst aku seronok sgt2
Siapa sgka seorg manusia boleh bagi makanan kat dia..

Jadi kita sebagai Manusia perlu meletakkan segala harapan kpd Allah
Kerana atas kehendaknya,dia mampu berikan rezeki dalam apa cara sekalipun.

Firman Allah:

[40.13] Dia-lah yang memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) -Nya dan menurunkan untukmu rezeki dari langit. Dan tiadalah mendapat pelajaran kecuali orang-orang yang kembali (kepada Allah).

Magpies tgah makan..

Buat2 malu bila kantoi aku amek gambar dia.


2 comments:

  1. mygod. burung tu serang sampai buta mata?
    means dia gigit ke mcmne? scary lah pulak.

    you should explain more on how they serang

    ReplyDelete
  2. apa yang sampai buat burung tu serang orang?

    ReplyDelete