Monday, September 26, 2011

Kisah Sang Lembu

Assalamualaikum
hari ni nak bercakap tentang lembu
knapa lembu?
sbb lembu ni istimewa..

aku lagi bagus la dr korang!

Dulu waktu aku form 1.abang2 senior selalu cakap bodoh mcm lembu..
lembu lagi bagus dr kitaorang..boleh makan,kitaorang? x leh harap kata dia..
selain drpd tu.mesti kita selalu jugak dengar perumpamaan,lembab mcm lembu.bodoh macam lembu, pemalas mcm lembu..senang kata,mmg buruk sgtlah lembu ni di mata masyarakat Melayu

tp pernahkah kita terfikir yg sebenarnya lembu juga disebut dlm al Quran
dlm al Quran, surah yg terbesar ialah surah Al Baqarah yg bermaksud lembu betina
mmg pelik kalau ikut akal
kenapa surah ni dinamakan lembu ?

sebenarnya banyak pelajaran yg boleh kita dapat drpd lembu
kalau kita perhatikan,makanan harian lembu ialah tumbuh-tumbuhan hijau
iaitu rumput2 yg sering kita pijak
rumput2 yg kotor dan hanya berada di tapak kaki kita
tp apa yg lembu mampu hasilkan?
bermacam2 makanan spt susu,daging,kulit
malah najis lembu sendiri digunakan manusia sebagai baja organik yg amat baik utk tanaman

dari tumbuh-tumbuhan yg hijau ni la telah menghasilkan bermcm-macam makanan bagi keperluan manusia
mungkin hari ni kita perlu menimbangkan perumpamaan yg kita sering gunakan
berguna mcm lembu.bukan lagi memburuk-burukkan lembu

kembali kepada kehidupan kita sbgai manusia
pengajaran yg kita dpat dr lembu
Ia bukan apa yg kita terima itu penting,tetapi apa yg penting ialah bagaimana kita menggunakan perkara tersebut..sbgai contoh,seseorang yg menerima kritikan,dia boleh menganggap sebagai usaha menjatuhkannnya, ttp bagi orang lain,kritikan boleh digunakan utk menambahabaik perkara yg dibuat
semuanya bergantung bagaimana kita menerima perkara tersebut
dan setiap perkara baik dan buruk itu semuanya dari Allah
hendaklah kita memanfaatkan sebaik-baiknya

Selain itu, semua manusia telah dikurniakan dgn akal dan pancaindera yg lain
dan dgn kurniaan tersebut,hendaklah kita menggunakannya dgn sebaik-baik
firman Allah:


Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

Surah Al-A'raf Ayat 179 (Juzuk 9) 

semoga kita semua termasuk dlm org yg menggunakan nikmat yg diberi sebaik-baiknya~

Peringatan buat diri yg sering lupa~

No comments:

Post a Comment