Saturday, January 21, 2012

Biarkan mereka

Pernah tak kita melihat kucing berenang?
Jarang2 sekali kita dapat melihat kucing dpat berenang. Kalau ada sekalipun mungkin renangannya tidak sehebat renangan anjing, dan amat jauh sekali kalau nak dibandingkan dgn renangan ikan yang sgt hebat.

Pernah tak kita melihat Susan Boyle bermain bola? kalau ada pun,adakah ia sehebat David Beckham bermain bola,jauh sekali kalau nak dibandingkan dgn kehebatan Messi bermain bola.

Cuba kita lihat kembali contoh yg diberikan, rasa rasa pernah tak orng mempertikaikan yang Susan Boyle tak pandai brmain bola, atau orang memprtikaikan yang kucing tak pandai berenang?

Semestinya tidak, kerana Susan Boyle adalah penyanyi manakala kucing dikurniakan dgn kuku yang membolehkannya utk melakukan aktivit seperti memanjat dan mencakar. 

Sebenarnya inilah perkara yang patut kita sedari. Setiap manusia telah dikurniakan dgn kebolehan dan minat yang berlainan. Ada orang yg berkebolehan dalam mengajar,ada yg pandai bertukang dan ada jugak berkemahiran dalam perkara mekanikal.

Kebolehan inilah yang akan menbantu kita utk mencapai kejayaan yang hebat. Tanpa minat yg semangat dalam melakukan sesuatu,kita akan melakukan sesuatu tanpa jiwa dan kesungguhan. Sebagai contoh, seorang yang berminat dalam bidang undang-undang disuruh oleh kedua ibubapanya memilah profesion perguruan. Akhirnya akan lahirnya guru-guru tidak bersemangat untuk mengajar. Faktor inilah yang menyebabkan kelas menjadi tidak menarik dan gagal menarik minat murid murid.

Tidak dinafikan yang ibubapa amat mementingkan masa depan anak anak. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah apabila mereka melakukan pilihan masa depan anak anak mengikut kemahuan mereka. Sedangkan anak anaklah yg akan menerima akibat daripada keputusan yang dibuat. Fenomena ini akhirnya akan menyebabkan lahirnya generasi yang bekerja tanpa meletakkan jiwa dan kesungguhan didalam kerja yang dilakukan.

Ibubapa perlu faham yang setiap anak-anak dilahirkan dgn minat yang kebolehan yang tersendiri. Ibubapa sepatutnya menyokong dan memberi galakan supaya meraka menceburi bidang yang diminati. Ibubapa perlu bertindak menolong mereka dalam merencanakan perancangan agar minat itu dapat disalurkan kearah yang betul. Mudah- mudahan mereka dapat memacu masa depan mereka dalam bidang yang diminati dan seterusnya membangun jiwa sendiri.

Sekadar peringatan buat diri di masa hadapan

p/s: Terima kasih kepada mak dan ayah sebab bagi peluang anakmu ini menceburi bidang undang2 walaupun mereka ingin melihatku menjadi doktor.

No comments:

Post a Comment